Kenapa Anda Perlu buat Bisnes Online?

bisnes online

bina web ecommerce

Dengan adanya internet, anda bukan sahaja boleh bersosial dengan rakan-rakan, bukan saja anda boleh mencari kawan baru, malah, anda boleh menjana pendapatan dengan membuat bisnes online.

Banyak peluang yang ada didepan mata kita. Ramai orang tidak tahu dengan adanya internet, banyak peluang untuk kita lakukan bisnes online. Amat rugi jika kita menggunakan internet hanya untuk bersosial sahaja.

Anda boleh memulakan bisnes online seperti:

  • Menjual kraftangan anda di laman web Etsy.
  • Membina website yang penuh dengan informasi dan jana pendapatan dengan iklan.
  • Menyediakan servis kepada pelanggan di Malaysia dan diseluruh dunia. Contohnya: Buat Duit USD
  • Mendapatkan prospek untuk perniagaan offline anda.
  • Mendapatkan komisyen dengan menjual produk orang lain untuk setiap jualan.

Jika mahu disenaraikan, ada banyak cara untuk anda bisnes online. Semuanya bergantung pada minat anda untuk memilih model bisnes online samada untuk menjual produk fizikal, produk digital, servis, ataupun menjual barangan orang lain. Walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri, anda masih boleh menjana pendapatan melalui bisnes online.

bisnes online

Ini adalah 5 sebab dan kelebihan jika anda mula buat bisnes online.

bina web ecommerce percuma

BACA JUGA : Jom Belajar Bagaimana Jana 4 hingga 5 angka Seminggu di Shopee!

1 – Risiko dapat dikurangkan

Ramai peniaga yang membuka kedai untuk menjual barangan mereka, mengalami kerisauan untuk membuat keuntungan untuk membayar sewa, membayar pekerja dan macam-macam kos lain lagi. Dengan menjalankan perniagaan dan bisnes online, anda tidak perlu menyewa kedai lagi dan sudah pasti risiko kerugian dapat dikurangkan.

Malah, dengan menggunakan internet, anda dapat mengurangkan kos promosi kerana anda boleh menggunakan cara promosi percuma di internet. Selain itu, jika anda ada modal untuk menggunakan cara yang berbayar, anda boleh menggunakan medium seperti pengiklanan melalui Facebook Ads, Google Adwords dan beberapa cara lain. Kos pengiklanan di internet adalah lebih murah.

2 – Masa Yang Fleksibel

Jika anda mempunyai kedai, kebiasaannya anda terikat dengan waktu untuk menjaga kedai. Malah, jika anda seorang sahaja yang menjaga kedai dari pagi hingga malam, sudah pasti anda tidak mempunyai masa untuk perkara-perkara lain.

Tetapi dengan bisnes online, anda mempunyai masa yang lebih banyak dan fleksibel. Malah, anda juga boleh mempromosikan barangan dikedai anda dengan menggunakan pengiklanan secara online. Sudah pasti lebih ramai yang dapat melihat produk anda walaupun mereka tidak pergi ke kedai anda.

Pada masa kini, ramai suri rumah memilih untuk melakukan bisnes online kerana masa yang fleksibel untuk menjana pendapatan melalui online.

3 – Dapat Bertukar Maklumat Dengan Lebih Cepat

Dengan menggunakan internet, pembeli dan penjual dapat bertukar maklumat dengan lebih pantas. Pelanggan dapat bertanya mengenai produk sebelum pembelian dilakukan, dan kita sebagai penjual dapat memberikan jawapan dengan lebih pantas.

Pada masa kini, aplikasi seperti Facebook dan WhatsApp banyak membantu dalam pertukaran maklumat antara pembeli dan penjual. Tak perlu bersua muka untuk menjual beli.

Dengan adanya jaringan online, kita dapat memudahkan kerja dan turut memudahkan pelanggan. Masa juga dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

4 – Jaringan Pelanggan Lebih Meluas

Melalui Internet anda mampu mendapatkan lebih ramai pelanggan. Bukan sahaja pelanggan dari Malaysia, malah anda juga boleh mendapatkan pelanggan dari luar negara.

Dengan adanya talian internet, ianya tidak mustahil. Jika anda mempunyai sebuah laman web menjual produk anda, sudah pasti ianya dapat diakses tidak kira oleh sesiapa sahaja didunia ini. Selain itu, anda juga boleh menggunakan medium facebook, blog, twitter dan pelbagai jenis media sosial yang telah tersedia.

Kini, tidak mustahil lagi untuk anda mendapatkan pelanggan dari seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia.

5. Dapat Berkomunikasi dengan Pelanggan secara Terus

Kini anda tidak perlu lagi untuk menggunakan orang ketiga untuk menjawab sebarang pertanyaan untuk pihak anda. Anda boleh sahaja menggunakan telefon bimbit anda untuk menjawab pertanyaan melalui WhatsApp, Facebook, Email, dan lain-lain. Semuanya tidak memerlukan kos tambahan.

Pelanggan juga amat menyukai jika segala pertanyaan mereka dijawab dengan pantas.

bina web ecommerce

Suka artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda di Facebook.

BACA JUGA : Shopping Secara Online dan Dapat Duit

Blog Salah Satu Senjata Pemasaran Online

pemasaran online

Ramai orang kata, blog sudah tidak relevan lagi masa kini oleh kerana terdapatnya kehadiran media sosial seperti facebook dan instagram. Namun, adakah kenyataan itu benar? Adakah strategi pemasaran online dengan menggunakan blog sudah tidak boleh diguna pakai?

Pada pendapat saya, ianya salah sama sekali. Jika anda menjalankan perniagaan internet dan bergantung hanya semata-mata pada facebook dan instagram, awas! Anda dalam bahaya.

Tidak kah anda pernah lihat dan dengar, rakan-rakan anda yang hilang akaun facebooknya secara tiba-tiba, akaun pengiklanan telah diban, akaun instagramnya sudah ditutup, dan banyak lagi kes-kes yang berkaitan seperti itu.

Jadi, amat bahaya jika anda hanya menggunakan medium tersebut sebagai senjata pemasaran online anda kerana facebook dan instagram bukan milik anda. Bila-bila masa sahaja perniagaan anda di medium tersebut boleh lesap begitu saja.

Sebab itu, blog tidak boleh dipandang remeh. Mungkin anda merasakan blog masih tidak relevan kerana ramai diantara kita hanya ‘melepak’ di media sosial seperti facebook dan instagram.

pemasaran online

Sebenarnya, blog masih sangat sangat sangat releven. Satu soalan yang perlu anda jawab.

“Kebiasaannya, dimanakah tempat untuk anda mencari sesuatu informasi?”

Sudah tentu jawapan yang akan ramai jawab adalah di “Google”.

Dan adakah anda tahu bahawa keputusan carian di google kebanyakannya adalah senarai blog-blog dan bukan dari media sosial.

Sebab itu, anda perlu jadikan blog sebagai salah satu senjata pemasaran online anda. Kan lebih baik jika anda pelbagaikan medium pemasaran online 🙂

Sehingga kini, blogging adalah antara senjata pemasaran online yang paling popular? Kenapa ianya sangat popular?

Ini kerana membuat sebuah blog bukanlah sebuah perkara yang sukar. Dengan adanya “Pakcik Google”, dengan mudahnya anda mendapatkan tutorial langkah demi langkah untuk membuat blog. Malah, jika anda sudah mempunyai akaun Gmail, anda boleh terus pergi ke blogger.com untuk membina blog anda. Bagaimana jika anda tiada Gmail? Tiada masalah. Boleh terus ke blogger.com dan terus daftar akaun baru anda.

Selain itu, anda juga boleh bina blog dengan menggunakan wordpress.com. Dengan menggunakan wordpress.com, anda ada lebih banyak pilihan yang lebih banyak berbanding dengan blogger. Namun, jika ini adalah pertama kali anda mahu membina blog, blogger adalah yang paling sesuai oleh kerana ianya sangat mudah untuk dikawal.

 

BACA JUGA : Jom Belajar Bagaimana Jana 4 hingga 5 angka Seminggu di Shopee!

 

Berikut ada sedikit tips bagaimana caranya untuk memaksimakan penggunaan blog anda:

  1. Ikut minat. Bina blog mengikut minat anda. Sebaiknya topik dalam blog tersebut adalah topik yang berkaitan dengan industri perniagaan anda. Tidak digalakkan jika anda mencampur banyak topik didalamnya. Sebagai contoh, topik kereta dan topik kesihatan, sudah pasti tidak sesuai jika dibina dalam satu blog kan?
  2. Gunakan keyword yang sentiasa dicari oleh pengguna internet. Dengan mempunyai keyword yang sesuai, blog anda mudah disenaraikan di halaman carian google. Dengan memasukkan keyword yang popular, sudah pasti blog anda mudah dijumpai di google dan seterusnya mendapat pelawat dengan mudah. Anda boleh dapatkan idea carian keyword dengan menggunakan Google Keyword Planner.
  3. Sentiasa mengemaskini blog anda. Terbaiknya jika anda kemaskini dengan artikel-artikel baru sehari sekali. Namun, jika anda mempunyai waktu yang terhad, memadai jika dapat membuat 2 hingga 3 post seminggu
  4. Gunakan kaedah RSS feed supaya orang tahu ada artikel baru yang dimasukkan didalam blog. Dengan kaedah ini, pelawat sebelum ini akan datang semula ke blog anda dan membaca artikel terkini yang anda kemaskini.
  5. Lawat blog lain. Pastikan anda melawat blog-blog lain tetapi yang sama dengan industri anda. Bukan melawat sahaja tetapi tinggalkan juga komen-komen diblog mereka. Melalui cara ini, anda juga sebenarnya sedang mempromosikan blog anda kepada blog orang lain. Sudah pasti, jangan lupa untuk letakkan link blog anda diruangan url yang telah disediakan ketika meninggalkan komen.

Bina blog anda sekarang, oleh kerana banyak manfaat yang boleh kita dapat melalui aktiviti blogging.

 

BACA JUGA : Shopping Secara Online dan Dapat Duit

 

Buat Duit Dengan eBook

buat duit dengan ebook

Topik ini adalah antara topik hangat bagi mereka yang berminat untuk buat perniagaan internet. Iaitu topik buat duit dengan ebook. Tapi! Jangan keliru dengan book dan ebook. Buku dan juga ebuku.

Ebook atau ebuku, tidak sama dengan buku dimana buku dapat dipegang tetapi ebook tidak dapat dipegang. Ianya hanya ebook maya atau dipanggil sebagai buku elektronik yang mana dapat dibaca melalui telefon mudah alih atau komputer dan laptop anda.

buat duit dengan ebook

Bagaimana cara untuk hasilkan ebook? Bagaimana cara untuk menulis eBook?

 

BACA JUGA : Jom Belajar Bagaimana Jana 4 hingga 5 angka Seminggu di Shopee!

 

Pertama sekali, anda perlu fikirkan topik yang anda mahu tulis dalam ebook anda. Jika anda minat atau mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang, anda boleh hasilkan ebook berkenaan topik tersebut.

Sebagai contoh, jika anda mahir dalam selok belok fotografi, anda boleh menulis dan menghasilkan ebook berkaitan topik tersebut. Tidak banyak ebook mengenai fotografi di pasaran Malaysia. Selain itu, mungkin juga anda mempunyai resepi tersendiri. Jadi, anda boleh menghasilkan ebook resepi dimana didalamnya mempunyai himpunan resepi rahsia daripada anda.

Mungkin anda terfikir dan tertanya-tanya apa yang perlu ditulis dalam ebook. Secara ringkasnya, anda boleh tulis apa sahaja yang anda rasakan ianya berinformasi untuk pembaca.

Berikut ada beberapa idea dan gambaran untuk menghasilkan isi kandungan didalam ebook anda. Masukkan :

  • Tips dan petua berkaitan topik tersebut.
  • Cara untuk lakukan.
  • Pengalaman dan kisah peribadi anda.
  • Penulisan yang berinformasi dan motivasi.
  • Fakta yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca.

Jadi, itu adalah secara ringkasnya apa yang boleh anda masukkan kedalam ebook anda. Itu hanya sedikit sahaja. Anda perlu masukkan lebih banyak lagi elemen-elemen lain didalam ebook anda. Pastikan anda menambah nilai pada ebook anda dengan memberikan sebanyak mana maklumat yang bermanfaat dan berguna kepada pembaca.

Untuk mengelakkan pembaca anda bosan membaca ebook tersebut, masukkan juga gambar-gambar selingan pada setiap penulisan anda.

Cara untuk hasilkan ebook.

Sangat mudah. Anda boleh terus menulis dengan menggunakan microsoft office yang ada didalam komputer atau laptop anda.

Kemudian, simpan file tersebut dalam format PDF. SIAP! Ya, ebook anda sudah pun siap. File PDF tersebut adalah ebook yang perlu anda hantar kepada pembeli.

Jadi, dengan mudahnya anda boleh mula buat duit dengan ebook. Gunakan minat dan kepakaran atau pengalaman yang anda ada. Kembangkan ia menjadi sebuah ebook dan jual melalui online.

InsyaAllah saya akan share pula cara dan teknik untuk menjual ebook di post-post akan datang.

 

BACA JUGA : Shopping Secara Online dan Dapat Duit

 

Perniagaan Internet – Panduan Ringkas Memulakannya

perniagaan internet

Walaupun ramai diantara kita sudah bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang, namun masih juga menjalankan perniagaan untuk menjana pendapatan sampingan. Tidak dinafikan lagi sekarang banyak kemudahan dan cara untuk menjana pendapatan lagi-lagi melalui perniagaan internet. Maklumlah dengan keadaan hidup sekarang yang memerlukan banyak wang untuk meneruskan kehidupan kita seharian.

Arus teknologi kini semakin pesat dan dipermudahkan lagi dengan pelbagai cara untuk kita menjana pendapatan melalui perniagaan internet. Malah dengan memulakan perniagaan internet, kos amatlah rendah untuk dimulakan. Sebab itu ramai yang mahu mula berniaga dengan memilih membuat perniagaan internet. Kos yang rendah dan disamping itu juga boleh buat secara santai melalui laptop di rumah bersama insan yang tersayang.

Namun, kehadiran skim cepat kaya yang terlalu meluas di internet menyebabkan ada juga segelintir yang menganggap perniagaan internet itu salah. Hal-hal begini yang menyebabkan ramai juga yang takut untuk memulakan perniagaan internet. Mereka yang menyertai skim cepat kaya adalah sesuatu tindakan yang sangat sia-sia. Semua itu hanyalah angan-angan semata-mata.

Perniagaan internet

Jika anda baru bermula dengan perniagaan internet, pastikan anda menjauhi skim-skim cepat kaya dan pilihlah jalan yang betul.

Anda perlu ingat bahawa perniagaan internet sama sahaja seperti perniagaan bukan internet. Cuma melalui internet, kita lebih mudah mencari pelanggan dengan pelbagai cara dan medium tersedia. Contohnya seperti medium sosial dan medium-medium pengiklanan. Jika anda pandai manfaatkannya dann berusaha, pasti anda mendapat keuntungan besar melalui perniagaan internet.

Saya akan menerangkan lebih mendalam lagi bagaimana anda boleh memulakan dan menjalankan perniagaan internet anda sendiri.

Cuba jawab persoalan ini:

  1. Apa yang anda mahu lakukan?
  2. Apa potensi yang anda mahukan?
  3. Berapakah modal yang anda mahu keluarkan?

Jika anda dapat menjawab persoalan diatas insyaAllah lebih mudah untuk anda bergerak dalam memulakan perniagaan internet anda kelak.

Jadi, sebelum anda memulakan perniagaan internet, ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan.

 

BACA JUGA : Jom Belajar Bagaimana Jana 4 hingga 5 angka Seminggu di Shopee!

 

Jenis perniagaan di internet.

Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan di internet. Anda perlu tentukan dan fokus pada jenis perniagaan di internet yang anda minati. Apabila anda menjalankan perniagaan yang anda minat, anda pasti tidak akan mengalah dan tidak jemu membuatnya.

Adakah perniagaan tersebut melibatkan jual beli barang? Adakah anda hanya mahu menawarkan servis sahaja? Menyertai affiliate? Menyertai dropship? Buat duit melalui Blog?Pastikan anda memilih perniagaan yang anda tahu dan mudah untuk dilakukan. Setiap orang lain kemahirannya.

Rancangan perniagaan.

Rancang perniagaan anda. Berapakah modal permulaan perniagaan anda? Pastikan tidak melebihi RM2000 untuk permulaan. Jika anda pandai mengatur strategi, modal permulaan boleh dimulakan kurang daripada RM1000 sahaja.

Fikirkan juga potensi keuntungan yang anda mahukan. Apakah strategi yang akan anda gunakan? Adakah perniagaan anda perlukan tempat dan alatan khas? Anda perlu rancang semua ini supaya perjalanan perniagaan anda akan lebih mudah.

Di manakah anda ingin lakukan perniagaan ini nanti? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa. Pastikan juga semua peralatan cukup seperti komputer atau laptop, line internet berkelajuan tinggi, dan juga printer.

perniagaan internet

Langkah-langkah memulakan perniagaan internet

1. Niche. Pilih satu sahaja untuk perniagaan anda.

Niche bermaksud bidang. Apakah bidang yang anda ingin niagakan? Adakah niche kecantikan, kesihatan, kekeluargaan, sukan atau pelancongan? Pilih satu bidang dan kecilkan lagi bidang tersebut lebih mendalam.

Sebagai contoh, jika anda memilih bidang kekeluargaan, mungkin anda boleh kecilkan kepada bidang kanak-kanak. Mungkin menjual barang keperluan kanak-kanak. Di dalam perniagaan internet, adalah lebih mudah jika anda hanya fokus pada satu niche sahaja.

2. Dapatkan produk.

Selepas menetapkan niche anda, cari produk yang anda mahu jualkan. Anda boleh dapatkan daripada pemborong atau bermula sebagai dropship dan agen menjual produk orang lain.

3. Pengurusan produk.

Tentukan juga cara penghantaran produk tersebut.

4. Pilih jenama perniagaan

Pilih nama yang mudah diingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama perniagaan anda. Jenama amatlah penting dalam memperkenalkan perniagaan anda. Tanpa jenama, perniagaan anda mungkin susah dikenali.

5. Hasilkan website

Didalam perniagaan internet, website adalah antara nadi kejayaan perniagaan anda. Dengan mempunyai website, ibarat anda mempunyai seorang jurujual yang menjual produk anda. Melalui website, kelebihan produk anda dapat disampaikan dengan mudah. Pastikan anda membina website seperti shopping cart, borchure website, salesletter atau blog. Bergantung pada jenis perniagaan anda. Pastikan anda memilih juga cara pembayaran seperti kad kredit ataupun internet banking. Amatlah rugi jika tiada kemudahan pembayaran didalam website anda.

6. Dapatkan hosting.

Pilih hosting yang berpatutan mengikut bajet anda. Anda boleh menggunakan syarikat hosting daripada Netkl kerana harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Jika anda perlukan bantuan saya mengenai pembelian hosting, anda boleh menghubungi saya melalui facebook. Saya akan bantu anda secara step by step. InsyaAllah saya akan hasilkan artikel khas mengenai cara untuk membeli hosting di Netkl.

7. Bina senarai email.

Bina senarai email untuk kemudahan anda. Ini adalah asas dalam mana-mana perniagaan internet. Dengan mempunyai senarai email, anda dengan mudahnya dapat menghubungi prospek pada bila-bila masa sahaja. Pastikan senarai email yang anda dapatkan adalah berkualiti. Anda perlu sentiasa memberikan tips kepada mereka. Anda boleh gunakan servis daripada Aweber atau Getresponse untuk menyimpan database email.

8. Iklankan laman web anda.

Ada banyak cara untuk anda iklankan laman web anda. Antaranya menggunakan servis berbayar seperti Google Adwords, Facebook Ads dan iklan di blog-blog yang berkaitan. Cara percuma seperti bertukar link dengan industri yang sama dengan anda, meninggalkan komen di blog yang berkaitan dengan industri anda dan ada banyak cara lagi. InsyaAllah saya akan kongsikan lagi cara beriklan pada topik khas akan datang.

Jadi, itu adalah serba sedikit mengenai asas yang perlu anda tahu mengenai perniagaan internet. Anda perlu mulakan sekarang dan jangan tangguh lagi. Tetapkan niche anda, cari produk, bina jenama, dan mula iklankan produk anda!

 

BACA JUGA : Shopping Secara Online dan Dapat Duit

 

8 Cara Buat Duit Raya

buat duit raya

Buat Duit Raya

Baiklah, di bawah ini ada beberapa cara buat duit raya yang akan saya kongsikan dengan anda. Nampak macam simple tapi ramai yang tak nak ambil peluang yang dah ada di depan mata. Kesemua cara ini confirm laku menjelang hari raya ni.

buat duit raya

Kalau saya nak listkan kesemuanya, ada banyak lagi cara buat duit raya, tapi confirm panjang berjela. Jadi di sini saya kongsikan kepada anda beberapa list yang sememangnya ‘hangat’ apabila sudah dekat menjelang hari raya.

Tak kan anda tak nak ambil peluang kan?

1. Jual Kuih Raya

Kuih raya ni memang tak lari dengan tema Hari Raya. Bila sampai sahaja musim perayaan, mesti ramai yang pergi membeli belah kuih raya. Jadi, ini lah masanya anda nak menjual kuih raya kepada mereka. Anda boleh jual pada rakan di pejabat, jiran-jiran, saudara mara, atau melalui online.

Kalau anda tahu buat kuih raya, dan selama ni hanya jual kepada jiran-jiran dan kawan-kawan sahaja, apa kata kali ni anda cuba jual di internet. Confirm laku!

Tapi jika anda tidak mahir membuat kuih raya, anda boleh cari pembekal kuih raya dan beli secara borong. Jual kepada kawan-kawan anda dan saudara mara. Dan jangan lupa juga jual secara online.

Jika anda tak tahu nak cari pembekal kuih raya, anda boleh membuat carian di google dengan keyword “Pemborong Kuih Raya”

Mengikut data Google Trends diatas, anda boleh lihat bahawa carian di internet mengenai kuih raya, sangat tinggi.

Melalui pengamatan saya, anda boleh menghasilkan kuih raya atau menghasilkan ebook resepi kuih raya. Permintaan sangat tinggi!

2. Jual Kurma

Anda cari pembekal dan pemborong kurma, beli daripada mereka dan jual secara online. Kurma sememangnya sangat laris di bulan Ramadhan ini. Malah, semasa raya pun masih ramai lagi yang mencari kurma.

kurma

Jika anda tidak jumpa pembekal dan pemborong kurma, anda boleh bertanya pada peniaga di bazar ramadhan atau anda boleh terus google dengan keyword yang berkaitan.

3. Jual Songkok, Telekung

Songkok juga terlalu banyak permintaannya. Anda boleh menjual songkok yang mempunyai corak di kelilingnya kerana kebanyakan daripada mereka yang ingin membeli songkok untuk hari raya menyukai songkok yang bercorak-corak.

Cari sahaja pembekalnya dengan membuat carian di google.

Atau anda juga boleh menjual corak sahaja yang boleh dipasang pada songkok. Jika anda ada kemahiran menjahit, mungkin cara ini sangat sesuai.

4. Jual Baju Raya

Baju raya.. Rasanya ini sangat sangat sangat di cari oleh mereka diluar sana. Confirm laku jika anda jual. Banyak pembekal baju raya di luar sana yang anda boleh dapatkan.
Mereka di luar sana lebih cenderung untuk membeli baju siap daripada membeli kain ela.

Cari sahaja pembekalnya di internet. Atau jika anda mempunyai saudara mara yang mahir menjahit dan mengambil tempahan baju raya, anda suruh sahaja dia hasilkan dan anda pasarkan di internet. Anda boleh membuat deal dengan saudara anda.

 

BACA JUGA : Jom Belajar Bagaimana Jana 4 hingga 5 angka Seminggu di Shopee!

 

5. Jual Dadih

Cara nak buat dadih memang senang. Tahun lepas, saya sendiri sudah cuba untuk menjual dadih kepada jiran-jiran saya. Paling banyak tempahan ketika 2 hingga 3 hari lagi nak raya.. Tak cukup tangan nak buat.. Saya sarankan anda untuk cuba jual dadih kerana ia mudah dihasilkan. Lagi pula modal untuk membuat dadih ni sangat-sangat murah.

6. Jual Kerepek

Kerepek juga menjadi kegemaran ramai di musim raya. Namun, jika bukan musim perayaan sekali pun, kerepek tetap laku jika di jual. Anda cuba dapatkan kerepek yang dijual sekali banyak. Contohnya jika ada kerepek pisang, anda beli sahaja yang berkilo-kilo. Dan anda pek semula dan boleh dijual kepada rakan-rakan anda, jiran-jiran termasuk di internet. Rugi jika anda tak ambil peluang ni..

7. Jual Kek Coklat

Anda boleh membuat kek coklat dan menjualnya kepada jiran-jiran terdekat anda. Tapi awas, jangan jual kek coklat secara online pula ye. Nanti anda nak pos macam mana pula kan.. 😉

Tapi, jika anda mahu menjual secara online, anda boleh mencari pembekal tepung kek coklat dan jualnya secara online. Saya pernah mencubanya dan ternyata tak cukup sepuluh pek. Saya order lagi 30 pek kerana apabila bawa pulang ke kampung, rupa-rupanya ramai juga saudara mara yang berminat. Itu baru saudara mara, belum lagi jiran di kawasan rumah kita, di tempat kerja kita, atau di dalam internet.


8. Jual Butang Baju Melayu / Keronsang

Butang baju melayu dan keronsang banyak permintaannya. Time tak raya pun ramai wanita di luar sana mencari keronsang yang bermacam-macam bentuk. Apa lagi, cuba anda cari pembekal butang dan keronsang. Confirm laku.

Jadi, itu lah 8 cara untuk anda buat duit raya kerana produk-produk yang dinyatakan ternyata sangat laris untuk dijual lebih-lebih lagi secara online. Ada banyak lagi yang boleh anda jual seperti minyak wangi, dodol, ketupat, serunding, dan macam-macam lagi.

Saya sarankan supaya anda memilih satu cara sahaja untuk permulaan supaya anda fokus pada satu produk sahaja. Namun jika anda mampu melakukan kesemua yang disebutkan, apa salahnya 😉

Jika anda rasakan menjual dadih adalah senang, apa kata anda cuba dahulu. Jika mendapat sambutan, gandakan lagi usaha anda untuk menjual dadih tersebut.

Sekian sahaja daripada saya, semoga artikel cara buat duit raya ini serba sedikit membantu anda untuk memulakan langkah pertama anda menjana pendapatan sampingan menjelang hari raya.

 

BACA JUGA : Shopping Secara Online dan Dapat Duit

 

error: Content is protected !!