Cara Mudah Buka Akaun Semasa Syarikat, Tanpa Introducer

PENAFIAN : Posting ini dibuat pada tahun 2017. Besar kemungkinan, info yang ditunjukkan mungkin tidak sama lagi pada masa anda membacanya. Disarankan supaya anda baca di laman web cimb atau hubungi terus branch cimb yang berdekatan.

.

Alhamdulillah, baru-baru ni, saya berjaya membuka akaun semasa syarikat tanpa menggunakan introducer. Sebelum ni memang dah lama nak buat, tapi salah satu syarat cara buka akaun semasa adalah perlu ada introducer, jadi tertangguh-tangguh.

Saya yakin mesti ada juga yang diluar sana mempunyai masalah untuk mendapatkan introducer ni. Jadi dengan cara ni, anda tak perlu lagi mencari introducer.

Tidak dinafikan, cara buka akaun semasa di Maybank, banyak syaratnya. Salah satunya adalah anda perlu ada introducer, dan deposit juga agak tinggi iaitu RM2,000. Berbanding cara buka akaun semasa syarikat di CIMB, tidak perlu menggunakan introducer dan deposit hanya RM1,000 sahaja. Malah, ianya dimudahkan lagi dengan mengisi borang secara online.

Wah. Sangat menarik. Syarat pun tidak banyak jika dibandingkan dengan Maybank. Niat dihati memang nak buka dengan Maybank. Tapi oleh sebab cara buka akaun semasa di CIMB lebih mudah dan pantas, saya teruskan niat untuk membuka akaun semasa di CIMB sahaja.

Antara syarat utama untuk membuka akaun semasa (current account) di CIMB adalah:

  1. Anda telah mendaftar SSM untuk syarikat anda. Tidak kisah Enterprise atau Sdn Bhd.
  2. Duit RM1,000 untuk deposit ke akaun semasa anda nanti.

Ini adalah pengalaman saya sendiri berurusan dengan CIMB Cawangan Kuala Selangor.

BACA JUGA : Jom Belajar Bagaimana Jana 4 hingga 5 angka Seminggu di Shopee!

CARA BUKA AKAUN SEMASA DI CIMB

1. Layari https://www.cimb.com.my/en/business/solutions-products/deposit-investments/current-account/online-business-current-account-i.html dan klik Apply Now.

daftar akaun semasa cimb islamic

2. Isikan kesemua maklumat yang diminta. Kemudian, klik Next Step.

akaun semasa syarikat(Jika perlu: Klik Save Progress jika ingin menyimpan maklumat yang telah diisi dan sambung semula pada waktu dan hari yang lain)

3. Lepas selesai isi kesemuanya, anda akan diberikan Reference ID. Pastikan anda simpan nombor ID ini. (Nombor ID ini akan diminta semasa anda pergi ke Branch CIMB nanti)

daftar akaun semasa online

4. Kemudian, anda perlu pergi ke branch yang telah anda pilih semasa mengisi borang tersebut. (Perlu hadir dalam masa 30 hari selepas anda mengisi borang secara online).

current account cimb

Bawa bersama dokumen-dokumen penting yang mereka perlukan.

    • MyKad anda (Tidak perlu buat salinan)
    • SSM 3 muka surat. (Salinan Asal & Fotostat) – Pastikan yang terkini. Bukan yang dah expired. Mereka akan ambil satu set dari anda.
    • Wang tunai RM1,000 untuk deposit ke akaun semasa nanti. (Transfer online pun boleh)
    • Reference ID (Rujuk point No.3)

Apabila anda sampai sahaja ke cawangan tersebut, mereka akan review dahulu dokumen yang anda bawa.

Apabila anda telah dipanggil dan semuanya telah selesai, anda akan diminta untuk memasukkan RM1,000 ke akaun semasa anda.

Dan siapppp! Anda telah pun mempunyai akaun semasa untuk syarikat anda šŸ™‚

BACA JUGA : Cara Daftar SSM BizTrust untuk website perniagaan anda.

5. Langkah seterusnya, anda perlu mendaftar di BizChannel@CIMB.

akaun semasa cimb

Anda akan menerima beberapa email daripada CIMB untuk cara mengaktifkannya. Ikut sahaja langkah-langkah yang mereka berikan.

cimb bizchannel

Anda akan menerima email mengenai butiran perniagaan anda, butiran untuk login ke akaun BizChannel@CIMB dan juga kata laluan dalam bentuk PDF. (File PDF ini perlu dibuka dengan password. Password ini akan dihantar ke nombor telefon anda)

Setelah semuanya selesai, anda boleh mula Login ke dalam akaun semasa online anda.

BACA JUGA : Shopping Secara Online dan Dapat Duit

UPDATE 2021 : BERKEMUNGKINAN BESAR & MENGIKUT PENGALAMAN BEBERAPA ORANG PEMBACA ARTIKEL INI, ADA SESETENGAH CAWANGAN MEMPUNYAI CARA YANG BERBEZA. OLEH ITU DISARANKAN UNTUK ANDA MENDAPATKAN KEPASTIAN DAN PENGESAHAN DARI CAWANGAN TERDEKAT DI KAWASAN ANDA.

140 thoughts on “Cara Mudah Buka Akaun Semasa Syarikat, Tanpa Introducer”

  1. Terima kasih cg Amim atas panduan ni, saya pun memang dah lama nak buka akaun semasa dgn Maybank tapj sebab kena ada introducer, itu yang tak terbuat lagi tu.

    Insyaallah boleh dipertimbangkan untuk buka di CIMB saja nanti

    Reply
  2. Salam encik,

    Untuk step pada ‘contact person’ tu macam mana nak isi bahagian phone number tu ye? Mobile code area tu tak boleh isi la..

    Reply
    • Maaf, saya dah lupa bahagian tu. Rasanya saya tak ada masalah masa nak isi bahagian contact. Cuba isi +60 atau terus 01 atau tanpa kosong.

      Reply
    • Wslm.

      Current account dengan nama perniagaan yang kita daftarkan dengan SSM. Contohnya macam saya, saya daftarkan nama akaun atas nama Amim Network.

      Reply
  3. Hi, nak tanya kalau tak ada personal account tapi just nak daftar current account untuk bisnes online boleh ke? cimb accept ke? Lagi satu, cimb sediakan kad atm ke untuk keluarkan duit nnti? Thanks for replying!

    Reply
    • Ya boleh. Semasa step awal untuk register, dia akan tanya samada kita dah ada akaun di CIMB atau belum. So, pilih (NO). Berkenaan dengan kad ATM, ya saya ada dapat kad ATM untuk akaun semasa ni.

      Reply
  4. saya dah apply online tapi tak bole ada error unable to prooced online application.please ctc our call centre. bila saya call dia minta g branch bila g branch dia minta introducer adui kalau xnak bole amik insurans dia. camne tu

    Reply
  5. saya pernah cuba utk buat akaun semasa di kota Bharu, tapi pihak CIMB minta syarat supaya perlu ada premis atau memiliki lesen premis daripada majlis perbandaran. Kita bisnes online mana ada premis kan? so, mulai saat itu, saya tangguhkan niat untuk buka akau semasa. sehinggalah saya baca artikel ni, bau saya tahu ada cara yang lebih mudah untuk buka akaun semasa cimb rupanya.

    terima kasih banyak2 master sifu!

    Reply
    • Ye betul. Kalau dulu memang ketat syaratnya perlu ada premis. Tapi sekarang nampaknya dimudahkan semudah daftar secara online. Terima kasih Sifu kerana singgah jenguk blog yang tak seberapa ni šŸ™‚

      Reply
  6. assalam boleh teramgkan tak untuk bahagian registration tu. saya kurang faham mengenai authorised person/signatories dan juga authorised users of bizchannel. terima kasih.

    Reply
    • Wslm.
      Yang tu maksudnya maklumat mereka yang mempunyai izin untuk akses ke akaun bizchannel (macam cimb clicks) nanti. Jika kita seorang saje, isikan maklumat kita seorang. Kalau ada beberapa orang yang boleh akses, isikan kesemua maklumat mereka.

      Reply
  7. Salam. Nak tanya. Semasa kita ke branch yang dipilih tu untuk penyerahan borang, adakah pihak bank akan minta cop syarikat? Sebab saya baru je daftar SSM, masih tiada cop syarikat. Berdasarkan beberapa artikel yang saya dah baca, ada sesetengah bank memerlukan cop syarikat.

    Reply
    • Wslm. Tak perlu cop syarikat. Mengikut pengalaman saya berurusan di CIMB Kuala Selangor, mereka tak ada minta cop syarikat. Cuma perlu bawa seperti dalam senarai yang saya listkan di atas .

      Reply
  8. salam tuan, rasanya mna2 branch cimb sma tak syaratnya seperti yg tuan buat? sy baru je apply online ni dan dah submit.. tp sebelum sy apply ni, hr isnin lepas sy pergi k branch brdekatan dgn tmpt sy.. sy tnya tentang apply online ni.. staff bank tu ckp ā€œskrg mmg x pyh introducer, tp kena ambil satu package.. x tau la package apa..tp mcm insurance.. kena bayar rm200 satu bulanā€ tp sy kuatkn hati juga nak apply online ni.. bsok x tau la apa yg staff bank ni ckp pulak..

    Reply
    • Wslm.
      Ya saya rasa semua branch, sama je cara proses dan syaratnya. Mengenai package tu, ye memang ada diorang suggestkan untuk kita join semasa kita datang di branch nanti. Insurance cimb bersama sunlife malaysia – SunLink Istismar. Tapi kalau tak silap, ianya hanya pilihan.

      Reply
      • terima kasih reply tuan.. masa sy pergi k branch isnin lalu tu.. dia kata kena ambik package tu. dia x kata pilihan..
        sy ckp kat dia mcm ni..

        sy: skrg nak buka acc syarikat x pyh introducer lg kan? just apply online?

        staff: oh yg apply online tu cimb click, kalau nak buka acc syarikat skrg mmg x prlu introducer, tp kamu kena ambik package ni.. bla bla bla..

        sy dah ragu2 nak pilih branch tu dkt apply online td.. tp apa blh buat dia satu2nya branch yg ada kat tmpt sy.. hurmmm..

        apa nak ckp kat staff bank tu nnti tentang apply online ni erk? dokument yg tuan senaraikan dah ada semua..

        Reply
        • Takpe. Kalau itu bukan pilihan (wajib ambil), boleh teruskan proceed untuk ambil pakej tu. Kebiasaannya bila kita ambil insurance, kita ada tempoh 15 hari (selepas terima dokumen dari pihak insurance) untuk review dan cancel jika tak mahu teruskan.

          Reply
  9. salam tuan amim. pertama sekali saya berterima kasih pada tuan amim melalui perkongsian ini saya dah berjaya buka current akaun perniagaan saya. Ada satu soalan berkenaan bizchannel. Memang kena tggu security device smpai dulu ke baru boleh proceed? Dan berapa lama tempoh dri tarikh buka akaun biasanya benda tu smpai ke alamat kita?saya sangkut kat situ.

    Reply
  10. Saya dah cuba. First time dtg branch dia minta sy balik buat online. Seperti yg encik ajarkan di atas. Kemudian selepas seminggu saya kembali semula bersama no ruj tersebut. Setelah no saya dipanggil. Staff tu kata maaf encik. Saya x dpt preceed. Minta encik balik buat semula dan dtg kembali ke sini. Dia kata system dia x dpt proceed utk permohonan saya. Minta saya buat balik.

    Reply
    • Mungkin boleh cuba buat sekali lagi dan try submit lagi pada mereka. Kalau tak boleh juga, cuba buat di branch lain.

      Reply
  11. Hi Tuan, part ” Authorised Persons / Signatories” tu kalau kita sorang kena pilih yang mana eh 1. Anyone to sign 2. Any two to sign 3. All to sign 4. Grouping conditions-please specify

    Yang mana ya Tuan?

    Terima Kasih

    Reply
  12. Assalam tuan..maaf ingin brtanya..perlu hadir dlm masa 30 hri tu..maksudnye kalau saya apply online pagi ni..petang ni saya boleh terus ke branch cimb tak? Terima kasih

    Reply
  13. salam tuan, sya pergi ke cawangan bank cimb di ara damnsara, Selangor dan berjumpa dgn pegawai CIMB. Betulkah syarat untuk membuka current account ni perlu dibuat di negeri yang sma kita daftarkan perniagaan kita.

    contoh: perniagaan didaftarkan di kedah dan sya mahu membuka account bank di selangor (bermastautin).

    adakah setiap branch ada lain2 syaratnya atau karenah birokrasi?

    Reply
      • okay tuan terima kasih atas respon.. cuma sya nk share penat melayan karenah birokrasi bank.. ada sestgh branch okay sestgh branch terlalu strict.. akhirnya anggaplah ini sbg dugaan dan cabaran sblum memulakan perniagaan..

        Reply
  14. salam tuan, kalau kat part sebelum next masa isi online tu.. dia ada tulis referral code.. kat mana nak dapatkan kod tu ya..

    Reply
  15. Amim, nak tanye lepas kita dah buka business account ni secara online, bank akan tolak bulan2 tak? Yelah saya baru nak start business pun belum dpt hasil yg stabil… Harap amim dpt reply…

    Reply
    • Yang tu saya tak sure sangat. Tapi sepanjang saya guna tahun 2018, saya tak ada kena charge bulanan. Cuma lepas dah setahun guna haritu, diorang ada charge untuk ATM card (sebab saya ada ATM card untuk akaun semasa ni).

      Untuk tahu mengenai charge bulanan tu, maybe boleh call CIMB atau tanya semasa submit borang tu di branch nanti. Takut juga tahun 2019 ni mereka ada ubah.

      Reply
  16. Salam. Untuk buat current biz account ni, kena ada account biasa dulu ke atau kalau kita tak pernah guna cimb boleh jugak buat current biz account?

    Reply
  17. ENTERPRISE tak boleh buat apply online ke? banyak kali try keluar unable to proceed via online application.
    Mohon penjelasan tuan

    Reply
  18. Terima kasih sifu atas panduan ini..saya baru je isi form online tapi katanya kena pergi terus ke branch untuk buka akaun aduhai.. takpelah kan, mudahan semua boleh setel kat sana nanti

    Reply
  19. Penyata akaun current ni boleh d gunapakai ke utk apply loan/kad kredit.. Atau duit yg masuk tu kena ada penyata pembayaran

    Reply
  20. Hi en. Sy nak tny sy xdpt email utk buat cimb bizchannel tu. Sy buka acc pade 17hb april. Hingga harini xdpt. Atau ade cara lain

    Reply
  21. Untuk pendaftaran melalui online ni masih perlu untuk bawa cop syarikat ke tuan semasa kita submit document untuk verification?
    Terima kasih tuan

    Reply
  22. assalam tuan, alhamdulillah saya dah daftar ikut panduan yang tuan berikan, cuma sekarang saya stuck di bahagian biz channel. Email pertama yg mengatakan saya dh ada biz channel sudah dpt, cuma email yg seterusnya belum dpt( id and password). Tuan tunggu berapa lama ya utk email yg ada maklumat id dan password?

    lagi satu, bolehkah saya hanya guna cimb click dan x perlu guna biz channel utk perniagaan?

    terima kasih tuan.

    Reply
    • W’salam.
      Saya dapat kesemua email tersebut pada hari yang sama juga. Jika masih tak dapat, cuba hubungi semula cawangan cimb tersebut.

      Untuk buat urusan menggunakan akaun semasa perniagaan, memang kena guna biz channel. Sebab biz channel dan cimb click tidak di linkkan bersama.

      Reply
  23. Salam tuan, apa beza personal current acc dan business current acc? If banyak transaksi, personal current acc boldeh digunakkan atau pun tidak?

    Reply
    • Waalaikummussalam. Current account untuk mereka yang ada buat perniagaan. Jika buat perniagaan menggunakan personal account dan ada transaksi yang banyak, berkemungkinan akaun boleh dibekukan.

      Reply
  24. Salam encik, takda pon button (apply now), yang ada (retreive saved application) je. sekarang september 2019, dah tak boleh isi borang online ke?

    Reply
  25. Salam bro, nak tanya.. lepas dh apply Online tu, kena pergi branch yg kita pilih dalam masa 30hari atau selepas 30 hari? ataupun dia akan call or email?? mohon pencerahan. terima kasih..

    Reply
  26. Amim…awak dulu kerja dgn Dr Irfan Khairi ke? Mcm kenallah…sy batch 2. Sihat ke?
    Tu je saja nak tnya khabar Amim. Sy dah ada current acc CIMB sejak 1999. So xde soklan utk open acc.

    Reply
  27. salam tuan,

    minggu lepas sy pergi cimb caw. cheras c180 nk buka acc semasa sebab tk lepas nk apply reg online.. tpi pihak bank ckp kne ada introducer, kalau nk cimb jd introducer kena beli 1 product dri diorang.. kalau ada introducer, tak payah ambik apa2 produk dri cimb.. nak tanya, jika tk keberatan, nak minta tuan tolong jadi introducer sy boleh?

    Reply
    • W’salam. Maaf saya tak sure mengenai tu. Setahu saya tak perlu introducer. Atau mungkin polisi terbaru mereka?

      Reply
  28. Alhamdulillah, saya baca website ni dan terus daftar. Semuanya OK, cuma macam kebanyakan bank lain juga, setiap cawangan punya ketetapan selalunya lain sedikit. Maksudnya ada requirement lain yang cawangan perlukan dan kita tak boleh decide hanya dengan apa yang website CIMB cakap sahaja. Sebabnya selepas saya daftar di CIMB punya website tu, saya terus ke cawangan Taman Ria Sungai Petani Kedah. Saya hanya bawa salinan SSM sahaja selain IC dan No ID pendaftaran, sama seperti website cakap. Tapi bila ke cawangan tersebut, mereka request salinan web page perniagaan kita yang mereka boleh lihat alamat website di browser, mereka juga nak nama alamat website SAMA dengan apa yang tertera di SSM.

    Cthnya kalau syarikat kita ABC Shop di SSM, website pun nak http://www.abcshop.com. Maka saya terpaksa balik dan datang semula. Bila balik saya call customer service CIMB HQ dan CIMB cawangan Sungai Petani, HQ cakap mereka ikut cawangan sebab setiap cawangan ada requirement mereka. Customer service Sungai Petani pula cakap mereka nak bukti printscreen website tu utk sahkan kewujudan bisness kita, tak kesah kalau website tak launch lagi pun(nak launch macamana akaun bank pun tak ada, sebab tu nak buat kan) asalkan buat saja instagram page atau FB page perniagaan kita YANG SAMA NAMA dengan SSM untuk seakan ‘promo bisness kita yang coming soon selepas register akaun’, maka cawangan Taman Ria Sungai Petani Kedah akan terima. Saya buat semua tu dan pergi keesokan harinya dan boleh daftar cuma pegawai tanya-tanya info bisness kita sedikit itu normal lah.

    Jadi saya syorkan tuan/puan, selepas register online, pergi atau call dulu cawangan yang dipilih utk tanya apa requirement spesifik yang cawangan tu nak, ada cawangan banyak songeh ada yang tak, jadi better tanya dulu kalau tak nanti jadi macam saya gi hari pertama sejam beratur musim PKP tengah panas, bila sampai di pintu, pegawai check, pastu tak cukup dokumen(salinan print screen website tu). Apa pun terima kasih admin amimnajmie(dot)com diatas artikel diatas yang banyak membantu. Semoga Allah mudahkan rezeki tuan sekeluarga. Aamiin.

    Reply
    • Terima kasih Tuan atas perkongsian tersebut. Mungkin juga setiap cawangan mungkin ada requirement mereka sendiri.

      Alhamdulillah masa saya buat tempoh hari, semuanya mudah dan tak ada apa requirement lain. Hanya isi online, pergi ke cimb terdekat dan buat deposit. Terus lulus dan terima email pengesahan.

      Sekali lagi, terima kasih atas perkongsian ni. Kalau tak, saya sendiri pun tak tahu yang setiap cawangan ada berbeza cara mereka.

      Kepada sesiapa yang terbaca komen ni, hope bersedia kebarangkalian cawangan bank terdekat anda mungkin ada syarat mereka tersendiri.

      Reply
  29. Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya. Saya ada acc personal cimb click. Soalan pertama sebelum nak register acc cuurent cimb ni ade tanya adakah perniagaan anda pelanggan lama Cimb Bank?. saya nak jawab ya atau tidak tuan?

    Reply
  30. Assalamualaikum.. Tumpang tanya tuan. Boleh ke duit dari acc personal cimb transfer ke biz current acc cimb? Dan sebaliknya.. Tq

    Reply
  31. Saya daftar ssm 2 nama.. Nama mana2 pn boleh ke register utk biz current acc ni.. Sebab dia ada mintak no acc masa isi online ni.. Mohon pencerahan tuan.. Tq

    Reply
  32. Salam Tuan. Terima kasih atas perkongsian. Saya dah semak CinB ni cuma ada disebut antara fees yg perlu dibayar ialah bulanan RM20 untuk portal online BizE tu. Ada cara untuk tak perlu bayar yg itu? Setahun dah kena RM240. Sekadar bertanya. Terima kasih.

    Reply
    • Waalaikumussalam. Untuk fees ni boleh rujuk semula dengan cimb ye. So far saya guna tak ada fees bualanan atau tahunan. Tapi tak pasti jika mereka dah buat polisi baru. Setakat ni saya memang tak ada kena apa2 fees.

      Reply
  33. salam tuan ..nak tnya…kalau kita jual alat solek dan pakaian..bahagian bisnes detail tu kita nak isi apa ya..cth : finance,insurance and others
    education,health and others..
    pening tuan…

    Reply
  34. ASSALAMUALAIKUM , NAK TNYE KNAPE SYE ISI SEMUE BORANG BUKE AKUAN PERNIAGAAN TAK JADI ? DH BNYK KALI SYE CHEK MASIH TK JADI

    Reply
  35. assalamualaikum tuan, sy klik link yg tuan bg kat atas tu dia x keluar mcm tu pon jd sy x tahu nk buat mcm mana…

    sy budak. baru. belajar

    Reply
  36. Sy ada buka akaun semasa d rhb kajang,semalam sy dapat coll dr rhb bank suruh datg ambik duit deposit,sekarang sy ada d kelantan,nk tanya encik? boleh x sy pergi ambik duit deposit dkt mana2 bank rhb kelantan atau rhb bank blh pindah ke dlm akaun bank sy terus… Ada masalah kt kmpg

    Reply
  37. Nak Tanya kalau Nak akaun syarikat tue skrg ada ke perlu ada kedai ke.. Atau Apa ke…. Sbb susah Sgt bukak nya..

    Reply
  38. Assalamualaikum.. tuan sy nk tnya, nama utk acc bank semasa tu memang kena sama dgn nama yg di daftarkan dkt SSM ke, atau boleh lain²?

    sebagai contoh : nama dkt SSM ialah, Empire Enterprise,.. nama utk buka acc semasa ialah Maju Kosmetik.. ke kena ikut nama dkt ssm.. tq

    Reply
  39. Assalammualaikum…nk tnya kalu akaun milik tinggal boleh bt kad atm Kan..kalu ada akaun simpanan biasa boleh Join ke JD 1kad dgn akaun syarikat

    Reply

Leave a Comment

Contact

Amim Network
SA0279407-H

Jalan Air Manis 5,
45200 Sabak Bernam,
Selangor.

error: Content is protected !!