Cara Daftar SSM BizTrust – Langkah Demi Langkah

Baru-baru ni, saya ada share mengenai peluang keemasan ini di Facebook saya. Iaitu mengenai pendaftaran SSM BizTrust secara percuma. Ramai yang bertanya mengenai cara untuk mendaftar kerana ada sedikit kekeliruan ketika mendaftarnya.

Jadi, dalam artikel ini, saya kongsikan langkah demi langkah cara untuk mendaftar SSM BizTrust. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.

ssm biztrust percuma
Notis daripada laman web SSM Biztrust mengenai lanjutan pendaftaran secara percuma.

 

Apakah SSM BizTrust ini?

Secara ringkasnya, dengan mendaftarkan SSM BizTrust ini, anda dapat menguatkan lagi keyakinan bakal pelanggan untuk membeli daripada anda. Lebih tepat lagi, pembelian melalui akaun media sosial ataupun laman web anda.

Ini kerana, dengan mendaftar SSM BizTrust, anda akan menerima logo BizTrust yang boleh diletakkan dilaman web anda. Pelawat boleh klik pada logo tersebut dan melihat sijil pengesahan bahawa perniagaan anda adalah sah berdaftar dengan SSM.

Secara tidak langsung, ianya memberi keyakinan kepada mereka untuk berurusan dengan anda.

Setiap pendaftaran akan disertakan dengan logo dan sijil SSM BizTrust untuk perniagaan anda.

Anda boleh membacanya disini untuk mengetahuinya dengan lebih jelas : https://biztrust.ssm.com.my/about-biztrust

 

Syarat untuk apply SSM BizTrust?

Antaranya syaratnya adalah:

  • Pastikan anda telah pun mendaftar perniagaan dengan SSM dan mempunyai rekod yang baik dengan SSM.
  • Satu akaun hanya boleh menggunakan satu email sahaja.
  • Satu akaun hanya boleh mendaftar untuk 1 laman web sahaja.

Klik sini untuk download FAQ mengenai SSM BizTrust ni.

 

[videoframes src=”https://www.youtube.com/watch?v=AIfa1ToYoeo” skin=”31″ controls=”1″ headline_text=”Video SSM BizTrust” headline_color=”#000000″ headline_size=”22″]

 

Tonton Video diatas untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai SSM BizTrust ini.

 

[hana-code-insert name=’Middle’ /]

 

ssm biztrust

Cara-Cara Mendaftar SSM BizTrust

Ok, jika anda sudah memahami mengenai SSM BizTrust ni, jom daftarkan untuk perniagaan anda pula. Ikuti langkah-langkah dibawah:

 

1. Lawati biztrust.ssm.com.my dan klik Sign In

ssm biztrust

 

2. Klik Create Account

biztrust

 

3. Isikan semua maklumat yang diminta dan klik Submit jika sudah selesai.

daftar ssmdaftar biztrust

 

4. Anda telah berjaya mendaftar dan email pengesahan telah dihantar ke dalam email anda.

daftar ssm biztrust

 

5. Anda akan menerima dua email seperti dibawah:

cara daftar perniagaan

 

6. Anda akan menerima password sementara untuk akaun anda. Pastikan anda ‘copy’ password tersebut.

daftar perniagaan

 

7. Pada email satu lagi, anda diminta untuk mengesahkan alamat email anda dengan mengklik link pengesahan yang mereka sertakan. Klik link tersebut.

mendaftar perniagaan

 

8. Kemudian, klik Verify.

mendaftar perniagaan ssm

 

9. Klik Sign In semula, gunakan password sementara yang mereka beri tadi.

mendaftar ssm

 

10. Anda perlu baca Terma & Syarat yang mereka sertakan.dan klik I Agree jika anda sudah selesai membaca terma & syarat tersebut.

mendaftar ssm biztrust
syarat daftar ssm biztrust

 

11. Masukkan password baru pilihan anda dan klik Save.

akaun ssm biztrust

 

12. Masukkan soalan dan jawapan untuk tujuan keselematan. Klik Save jika sudah selesai.

daftar akaun ssm biztrust

 

13. Klik Apply For BizTrust

apply for biztrust

 

14. Pilih Level dan masukkan link website, atau link media sosial anda, dan klik Next.

laman web biztrust

 

15. Isikan maklumat yang diminta,dan jika sudah selesai, klik Next.

website biztrust
cara mendaftar akaun biztrust

 

16. Anda akan diminta untuk review semula maklumat yang telah diisi.Jika sudah selesai, tick pada ruangan box kecil dan klik Submit.

ssm biztrust level 1 level 2 level 3
perbezaan level ssm biztrust

 

17. Klik Confirm.

ssm biztrust percuma

 

18. Dan anda telah pun selesai!

ssm biztrust berjaya

 

19. Anda juga akan menerima email pemberitahuan mengenai permohonon tersebut. Ianya akan mengambil masa lebih kurang 3 hari waktu bekerja. Jika terdapat sebarang masalah, anda akan diminta untuk submit semula permohonan tersebut. Jika permohonan anda diluluskan, Tahniah! Anda dah boleh mula untuk meletakkan Seal BizTrust dilaman web atau akaun media sosial anda.

email ssmpendaftaran ssm berjaya

 

20. Jika permohonan anda telah berjaya, anda akan lihat beberapa menu tambahan seperti dibawah:

biztrust berjaya

 

21. Klik Download Seal untuk meletakkan logo Biz Trust dilaman web anda. Klik Seal Authentication untuk melihat sijil SSM Biz Trust anda.

cara letak logo ssm biztrust

 

Sila share artikel ini supaya lebih ramai usahawan berpeluang untuk mendaftar SSM BizTrust ini secara percuma.

 

[hana-code-insert name=’Below’ /]

 

5 thoughts on “Cara Daftar SSM BizTrust – Langkah Demi Langkah”

  1. Salam Encik,
    Saya ada pertanyaan. apakah perbezaan antara level 1, level 2 dan level 3. dari segi security dan privacy tu saya kurang jelas.

    Reply

Leave a Comment

Contact

Amim Network
SA0279407-H

Jalan Air Manis 5,
45200 Sabak Bernam,
Selangor.