Home Tips Perniagaan Internet Panduan menulis laporan percuma

Panduan menulis laporan percuma

5 min read
panduan menulis

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan cara dan panduan menulis sebuah laporan percuma. Ada banyak kebaikan jika kita dapat menghasilkan laporan percuma.

Jadi, apakah Laporan Percuma ?

Laporan percuma adalah informasi percuma yang anda boleh berikan kepada pengguna internet untuk memberikan maklumat dan sebarang informasi. Anda sebagai usahawan, digalakkan untuk menghasilkan dan memberi laporan percuma untuk:

  • Meningkatkan lagi kredibiliti
  • Melebarkan lagi pengaruh kepada lebih besar
  • Meningkatkan kadar jualan produk
  • Membina senarai email / prospek
  • Meningkatkan lebih banyak pelawat ke laman web dan blog

panduan menulis

 

Setelah anda menyiapkan Laporan percuma tadi, anda boleh mengedarkannya melalui medium:

dan lain-lain.

 

Potensi Pemberian Laporan Percuma

Ianya adalah salah satu cara untuk sebuah pemasaran viral. Dengan memberikannya secara percuma, potensi untuk dibaca oleh lebih ramai orang adalah tidak terhad. Ianya unlimited selagi ianya mampu sampai kepada mereka.

Anda boleh mengambil peluang meletakkan iklan produk anda didalam laporan tersebut. Anda bayangkan trafik yang tidak terhad membaca laporan percuma anda dan diselitkan pula dengan iklan produk anda. Ianya promosi secara tidak langsung dan PERCUMA!

Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada beberapa perkara dibawah:

  • Laporan yang dibuat mestilah berkualiti
  • Pastikan topik tersebut dicari oleh orang ramai
  • Isi kandungan perlulah menarik supaya mereka dapat menyebarkan kepada rakan yang lain
  • Maklumat yang disampaikan haruslah tepat seperti yang pembaca mahukan

 

Panduan Menulis Laporan Percuma

panduan menulis

Dalam menghasilkan laporan percuma, bukan sahaja anda hanya memberikan dalam bentuk ebook. Anda juga boleh memberikannya dalam bentuk audio dan juga video.

Untuk artikel kali ini, saya hanya akan kongsikan panduan menulis laporan percuma dalam bentuk ebook. Walau apa jua bentuk laporan percuma yang anda berikan, anda mestilah menitik beratkan ciri-ciri berikut:

  1. Topik Mestilah Menarik
  2. Isi kandungan adalah berkualiti
  3. Straight to the point

Panduan Menulis Laporan Percuma

 

Pilihan Tajuk

Anda boleh memilih tajuk yang sesuai untuk menarik pembaca membacanya. Mungkin boleh memasukkan elemen seperti:

  • Faedah sesuatu topik. Contohnya Faedah menjaga kesihatan.
  • Teknik. Contohnya, teknik menjalankan perniagaan di internet.
  • Panduan Asas. Hasilkan panduan asas untuk sesuatu yang rumit, sebagai contoh Google Adwords

Laporan percuma perlulah ringkas, padat dan mudah untuk di fahami.

 

Pengisian Kandungan

Terdapat dua cara yang anda cuba iaitu melalui rumusan atau menggunakan nombor.

Jika anda memilih untuk menulis secara nombor, anda boleh menulisnya dalam bentuk senarai. Jika anda menulis ebook berkenaan kesihatan, mungkin anda boleh senaraikan 10 teknik menguruskan berat badan.

Rumusan pula adalah menjadi pilihan, anda perlu fokus pada sesuatu tajuk dan menulis mengenainya. Contohnya, anda fokus pada tajuk Pemasaran Menggunakan Facebook. Jadi, laporan percuma anda adalah fokus mengenai teknik pemasaran menggunakan facebook.

Mengikut pengalaman saya, mencampurkan kedua-dua cara tersebut adalah lebih digalakkan. Tetapi perlu diingat! Laporan percuma mestilah ringkas dan padat!

 

Untuk menghasilkan laporan percuma, tidak lah susah seperti yang disangka. Pastikan anda tahu tajuk apa yang mahu ditulis, lakukan sedikit carian di internet mengenai topik tersebut dan juga berdasarkan pengalaman anda, dan hasilkannya tidak kira berbentuk ebook, video atau audio.

Selepas itu, anda boleh mula memberikannya secara percuma dan jangan lupa masukan iklan produk anda didalam laporan percuma tersebut! 🙂

 

Suka artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda di Facebook.

Load More Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *