Home Idea Perniagaan Niche Perniagaan Yang Pasti Hot

Niche Perniagaan Yang Pasti Hot

6 min read
niche perniagaan

Untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, kita perlu tetapkan apa niche perniagaan kita. Apabila kita menetapkan niche yang khusus, barulah mudah untuk kita menghasilkan jualan kelak.

Kita sudah sedia maklum, antara produk yang paling mudah dihasilkan dalam perniagaan internet ini adalah produk digital seperti ebook. Jadi, untuk artikel kali ini, saya akan mengupas lebih lanjut, bagaimana caranya untuk menetapkan niche perniagaan yang khusus untuk produk digital anda iaitu ebook.

Ramai pemula yang menceburi perniagaan internet, berasa amat sukar untuk menghasilkan tajuk dan isi kandungan ebook mereka. Perkara yang paling penting sekali adalah anda perlu fikirkan adalah mencari apakah maklumat yang ramai orang dahagakan.

niche perniagaan

 

Jadi, didalam perkongsian ini, saya akan kongsikan 5 niche yang sentiasa mendapat bilangan pembeli yang ramai dan sentiasa laris dipasaran.

 

1 – Hobi

Niche ini sangat mahal. Anda boleh menggunakan hobi anda untuk ditukarkan menjadi ebook. Ada antara kita yang tidak mengetahui untuk melakukan sesuatu tetapi mereka berminat untuk mencuba.

Sebagai contoh, anda tahu cara untuk memancing, dan itu adalah hobi yang paling anda minat sekali. Anda boleh menghasilkan sebuah panduan mengajar cara untuk memancing dan jualkannya dalam bentuk ebook. Sudah pasti ramai diluar sana inginkan panduan seperti ini.

Selain itu, jika hobi anda bermain game, anda boleh menghasilkan teknik untuk bermainan game tersebut. Sebagai contoh, baru-baru ini viral mengenai Pokemon Go. Dan ramai yang mengambil peluang ini untuk menghasilkan teknik dan cara untuk bermain Pokemon Go ini.

 

2 – Buat Duit Online

Boleh dikatakan, niche perniagaan jenis buat duit online adalah niche yang memang laku keras. Ianya sentiasa laris dipasaran.

Untuk menjadikan ebook yang dihasilkan laris, anda perlu memastikan perkara-perkara ini:

  • Teknik yang anda gunakan adalah logik.
  • Anda sememangnya mahir dengan teknik yang anda ajar dalam ebook tersebut.
  • Anda mampu membantu pembaca untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
  • Teknik yang digunakan adalah hasil dari percubaan yang anda lakukan sendiri.
  • Sudah terbukti teknik tersebut boleh menghasilkan pendapatan.

Pastikan anda menitik beratkan perkara-perkara diatas. Jika anda tersilap dan mengabaikan perkara-perkara tersebut, sudah pasti anda akan dikecam teruk nanti.

 

3 – Kesihatan , Penjagaan Diri

Niche ini sangat laris dipasaran. Ianya bernilai berbillion dollar setahun. Saban hari ada sahaja produk baru dalam niche ini. Tidak kira produk fizikal mahupun produk digital. Tidak kira diluar negara juga didalam Malaysia sendiri. Permintaan pastinya ada.

Manusia sangat pentingkan akan kesihatan dan penjagaan diri. Amat rugi jika anda tidak turut serta memeriahkan niche kesihatan dan penjagaan diri ini.

Pastikan anda memberikan maklumat yang sangat didahagakan oleh orang ramai, pasti ebook anda akan laris dijual.

Anda boleh hasilkan ebook yang unik dan pastikan ebook anda niche pada topik tertentu yang lebih spesifik.

 

4 – Alam Sekitar

Dunia kini semakin kotor dan tercemar. Kita sebagai penduduk di bumi ini sudah pasti sangat sayangkan alam sekitar. Banyak faedah dan kelebihan dengan menjaga kebersihan alam sekitar.

Jika anda berpengalaman dalam mengatasi masalah alam sekitar, anda boleh menghasilkan ebook dalam niche ini.

Sebagai contoh, teknik dan cara untuk mengurangkan pencemaran pasti dicari-cari oleh mereka yang sayangkan alam sekitar.

 

5 – Hubungan

Manusia sangat sayangkan hubungannya. Hubungan bersama keluarga, rakan dan cinta hati sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi.

Seorang lelaki mahukan teman wanita, begitu juga sebaliknya. Seorang ibu mahukan seorang suami yang setia, juga sebaliknya. Seseorang yang kesunyian dan pemalu memerlukan kawan yang ramai.

Manusia perlukan kebahagian dan sering kali kita mendengar masalah-masalah diluar sana. Ambil kesempatan ini untuk menghasilkan ebook dalam niche hubungan kerana ramai yang memerlukan informasi ini.

 

Saya pasti kini anda sudah mempunyai beberapa idea untuk diketengahkan. Pastikan anda memilih niche untuk ebook anda supaya dapat memaksimakan jualan ebook anda.

 

Suka artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda di Facebook.

Load More Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *