Home Idea Perniagaan Cara Menghasilkan Produk Digital

Cara Menghasilkan Produk Digital

7 min read
produk digital

Produk Digital adalah sebuah produk maya seperti ebook, video, software, musik dan banyak lagi. Ramai yang terkeliru dengan produk fizikal dan produk digital.

Untuk menghasilkan produk digital, ianya adalah sangat mudah. Anda boleh menghasilkan produk digital berdasarkan apa yang anda tahu dan mahir, dan sudah pasti anda perlu tahu ianya mempunyai permintaan atau tidak.

Sebagai contoh, anda boleh menulis ebook mengenai cara bisnes burger. Atau anda boleh menghasilkan produk digital berbentuk video mengajar cara untuk membina laman web. Terpulang kepada anda untuk menghasilkan produk digital berbentuk apa sahaja.

Tetapi persoalannya, bagaimana caranya untuk menghasilkan produk digital ni?

Baiklah, untuk artikel kali ini, saya akan terangkan secara ringkas, cara menghasilkan produk digital ini.

produk digital

 

1 – Niche – Pilih Hanya SATU Niche sahaja.

Tidak kira niche apa yang anda pilih, pastikan anda ada pengalaman dan ilmu dalam bidang tersebut. Ini kerana, lebih mudah untuk anda berkongsi didalam produk digital anda nanti. Anda juga tidak akan ada masalah jika pembeli bertanya apa-apa soalan mengenai topik tersebut dikemudian hari.

Untuk menghasilkan tajuk pula, anda boleh cari satu tajuk yang agak kontroversi supaya ianya dapat menarik pembeli untuk membeli daripada anda. Bandingkan ayat tersebut, dan anda nilaikan yang mana satu lebih menarik perhatian.

“Panduan Bisnes Burger”

atau

“Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger!”

 

2 – Kajian – Lakukan sedikit kajian mengenai Topik tersebut.

Ini amat mudah sekiranya topik yang anda pilih adalah topik yang sememangnya dalam bidang kemahiran anda sendiri. Jadi, tiada masalah untuk anda menghasilkan isi kandungannya.

Namun, anda perlu juga melakukan sedikit kajian mengenai masalah yang sering berlaku didalam topik tersebut. Pembeli suka jika masalah mereka dapat diselesaikan.

Sebagai contoh, jika anda menghasilkan ebook atau video mengajar cara untuk memulakan bisnes burger, pastikan anda mengetahui masalah-masalah yang sering berlaku dalam memulakan perniagaan tersebut.

Sebagai contoh, mungkin mereka yang ingin memulakan bisnes burger ini, mempunyai masalah:

  • Tak tahu nak mulakan dengan betul
  • Tak tahu nak mengembangkan bisnes tersebut
  • Tak tahu samada untung atau tidak
  • Berapa modal yang perlu dikeluarkan
  • Pengurusan, alatan, pemasaran dan lain-lain
  • Tak tahu cara untuk mencari pekerja yang sesuai

Jadi, dengan masalah-masalah ini lah anda perlu selesaikannya didalam kandungan produk digital anda. Anda boleh melakukan carian di internet, bertanya kepada yang lebih pakar, atau gunakan pengalaman dan ilmu yang anda ada.

 

3 – Topik – Satu Tip Satu Bab

Yang terbaiknya adalah, anda buat “mindmap” peta minda untuk memudahkan proses penghasilan topik didalam ebook anda.

Anda boleh mengasingkan setiap tip menjadi satu bab. Jika anda mempunyai 10 tips yang akan dimasukkan kedalam ebook, bererti anda mempunyai 10 bab / topik didalam ebook nanti.

Cara ini adalah untuk memudahkan pembaca membaca satu per satu tip mengikut bab yang telah disusun. Ianya supaya tidak bercampur aduk dan memeningkan kepala pembaca ketika proses membaca nanti.

Pastikan anda sertakan sekali bersama gambar supaya ebook anda tidak bosan.

 

4 – Video – Hasilkan Video untuk Setiap Tips

Ini hanya pilihan sahaja. Selain daripada ebook, anda boleh menghasilkan video oleh kerana ada juga pembeli yang malas untuk membaca ebook. Jadi, mereka lebih suka untuk menonton video.

Jika anda mengalami kesukaran untuk merakam video, anda boleh membuat slideshow video menggunakan powerpoint. Kemudian save sebagai video. Siap!

Selain tu, anda juga boleh membuat ebook dan dalam masa yang sama memberikan video sebagai bonus kepada pembelian tersebut. Sudah pasti pembeli anda amat gembira kerana mendapat banyak produk daripada anda.

 

5 – Bonus – Nilai Tambah

Untuk memberi nilai tambah lagi kedalam produk digital anda, anda boleh memberikan beberapa bonus kepada pembeli. Sebagai contoh yang baru sahaja diberitahu diatas, berikan bonus video untuk setiap pembelian.

Contoh lain pula adalah, jika anda membuat Panduan Bisnes Burger, anda boleh memberikan bonus seperti berikut:

  • Panduan Membina Stall Burger
  • Rahsia Patty Burger Power
  • Jaminan Pulangan Wang 100%

Dengan memberikan beberapa nilai tambah kedalam pakej produk digital anda, pembeli akan lebih gembira dan berbaloi mendapatkan produk tersebut daripada anda.

 

Suka artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda di Facebook.

Load More Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *