Home Info Perniagaan Cara Mudah Buka Akaun Semasa Syarikat, Tanpa Introducer

Cara Mudah Buka Akaun Semasa Syarikat, Tanpa Introducer

5 min read
akaun semasa introducer

Alhamdulillah, baru-baru ni, saya berjaya membuka akaun semasa syarikat tanpa menggunakan introducer. Sebelum ni memang dah lama nak buat, tapi salah satu syarat cara buka akaun semasa adalah perlu ada introducer, jadi tertangguh-tangguh.

Saya yakin mesti ada juga yang diluar sana mempunyai masalah untuk mendapatkan introducer ni. Jadi dengan cara ni, anda tak perlu lagi mencari introducer.

Tidak dinafikan, cara buka akaun semasa di Maybank, banyak syaratnya. Salah satunya adalah anda perlu ada introducer, dan deposit juga agak tinggi iaitu RM2,000. Berbanding cara buka akaun semasa syarikat di CIMB, tidak perlu menggunakan introducer dan deposit hanya RM1,000 sahaja. Malah, ianya dimudahkan lagi dengan mengisi borang secara online.

Wah. Sangat menarik. Syarat pun tidak banyak jika dibandingkan dengan Maybank. Niat dihati memang nak buka dengan Maybank. Tapi oleh sebab cara buka akaun semasa di CIMB lebih mudah dan pantas, saya teruskan niat untuk membuka akaun semasa di CIMB sahaja.

Antara syarat utama untuk membuka akaun semasa (current account) di CIMB adalah:

  1. Anda telah mendaftar SSM untuk syarikat anda. Tidak kisah Enterprise atau Sdn Bhd.
  2. Duit RM1,000 untuk deposit ke akaun semasa anda nanti.

Ini adalah pengalaman saya sendiri berurusan dengan CIMB Cawangan Kuala Selangor.

 

CARA BUKA AKAUN SEMASA DI CIMB

 

1. Layari https://www.cimbbank.com.my/onlinebca dan klik Apply Now.

cara buka akaun semasa

 

2. Isikan kesemua maklumat yang diminta. Kemudian, klik Next Step.

akaun semasa syarikat(Jika perlu: Klik Save Progress jika ingin menyimpan maklumat yang telah diisi dan sambung semula pada waktu dan hari yang lain)

 

3. Lepas selesai isi kesemuanya, anda akan diberikan Reference ID. Pastikan anda simpan nombor ID ini. (Nombor ID ini akan diminta semasa anda pergi ke Branch CIMB nanti)

daftar akaun semasa online

 

4. Kemudian, anda perlu pergi ke branch yang telah anda pilih semasa mengisi borang tersebut. (Perlu hadir dalam masa 30 hari selepas anda mengisi borang secara online).

current account cimb

Bawa bersama dokumen-dokumen penting yang mereka perlukan.

    • MyKad anda (Tidak perlu buat salinan)
    • SSM 3 muka surat. (Salinan Asal & Fotostat) – Pastikan yang terkini. Bukan yang dah expired. Mereka akan ambil satu set dari anda.
    • Wang tunai RM1,000 untuk deposit ke akaun semasa nanti. (Transfer online pun boleh)
    • Reference ID (Rujuk point No.3)

Apabila anda sampai sahaja ke cawangan tersebut, mereka akan review dahulu dokumen yang anda bawa.

Apabila anda telah dipanggil dan semuanya telah selesai, anda akan diminta untuk memasukkan RM1,000 ke akaun semasa anda.

Dan siapppp! Anda telah pun mempunyai akaun semasa untuk syarikat anda 🙂

 

BACA JUGA : Cara Daftar SSM BizTrust untuk website perniagaan anda.

 

5. Langkah seterusnya, anda perlu mendaftar di BizChannel@CIMB.

akaun semasa cimb

Anda akan menerima beberapa email daripada CIMB untuk cara mengaktifkannya. Ikut sahaja langkah-langkah yang mereka berikan.

cimb bizchannel

Anda akan menerima email mengenai butiran perniagaan anda, butiran untuk login ke akaun BizChannel@CIMB dan juga kata laluan dalam bentuk PDF. (File PDF ini perlu dibuka dengan password. Password ini akan dihantar ke nombor telefon anda)

Setelah semuanya selesai, anda boleh mula Login ke dalam akaun semasa online anda.

 

Load More Related Articles

10 Comments

  1. Zaleha

    23 December 2017 at 10:38 PM

    Terima kasih cg Amim atas panduan ni, saya pun memang dah lama nak buka akaun semasa dgn Maybank tapj sebab kena ada introducer, itu yang tak terbuat lagi tu.

    Insyaallah boleh dipertimbangkan untuk buka di CIMB saja nanti

    Reply

    • Amim Najmie

      31 December 2017 at 6:49 PM

      Cuba la. Mudah je nak apply. Good luck 😉

      Reply

  2. farah nadia

    18 January 2018 at 12:49 PM

    selepas bank in deposit boleh keluarkan balik tak?

    Reply

  3. Akhtar Ahmad

    7 February 2018 at 3:05 PM

    Sy ada terbaca dalam satu blog, rm100 akan dipotong dari akaun sebagai insuran. Betul ke?

    Reply

    • Amim Najmie

      14 February 2018 at 10:45 PM

      Yang itu tak ada pula. Maybe dia ambil insuran sekali masa register?

      Reply

  4. Siti

    14 February 2018 at 3:55 PM

    Salam encik,

    Untuk step pada ‘contact person’ tu macam mana nak isi bahagian phone number tu ye? Mobile code area tu tak boleh isi la..

    Reply

    • Amim Najmie

      14 February 2018 at 10:50 PM

      Maaf, saya dah lupa bahagian tu. Rasanya saya tak ada masalah masa nak isi bahagian contact. Cuba isi +60 atau terus 01 atau tanpa kosong.

      Reply

  5. Fadhil

    16 February 2018 at 9:56 PM

    Salam amim. Yang ni current akaun dengan nama perniagaan atau personal current account?

    Reply

    • Amim Najmie

      16 February 2018 at 9:59 PM

      Wslm.

      Current account dengan nama perniagaan yang kita daftarkan dengan SSM. Contohnya macam saya, saya daftarkan nama akaun atas nama Amim Network.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *